Tanpa Curang
Buka mata mentari tiba
Dipagi hari hati dah sepi
Tidak seperti sebelum ini
Celikku sebab telefon berbunyi
Kusangka kamu cinta akhirku
Bak kata orang ku cinta mati
Tak sangka cerah bertukar hujan
Cinta kita tak dapat lagi bertahan
Setia menanti sabar menunggu
Persetan kata-kata itu
Tabahkan diri tuk pertahankan lagi
Namun semuanya ditangan Illahi
Cinta dah berzaman sedih tidak keruan
Hampa kau berikan kerana kau dengar sebukan orang
Aku berani sumpah yang aku kata bukan sebarang
Kucinta kamu tanpa curang.
No comments:
Post a Comment