Wednesday, June 22, 2011

6.

Kehidupan yang sederhana ini mengajar kita erti menghargai. Betapa indahnya sesebuah perhubungan hanya kita yang mampu menafsirnya sendiri. Indahnya hubungan kekeluargaan apabila kita terpaksa berjauhan. Di sinilah kita akan mempelajari erti sebuah kerinduan dan menghargai setiap masa bersama. Indahnya hubungan persahabatan apabila kita melihat sanggupnya seorang sahabat berpayahan bersama tanpa mementingkan diri sendiri dan indahnya hubungan percintaan apabila kita mampu menghormati pasangan di dalam setiap detik kehidupan.

5.

Andai Kau Tahu

Andai kau tahu
Kau yang terpenting antara mereka
Kau tentu tak akan pergi.

Andai kau tahu
Kau sentiasa buat aku tersenyum
Kau pasti tak akan hilang.

Andai kau tahu
Kau terindah walau sebentar
Kau tentu akan bangga.

Andai kau tahu
Kau sinar digelapku
Kau pasti selalu hadir.

Andai kau tahu
Kau udara setiap nafasku
Kau tentu sentiasa ada.

4.

Terkilan 

Sukar benar untuk ungkap
Bila tersuluh kau silap
Ego sahaja aku hadap
Menghalang mulut dari ucap

Kau sanggup bertikam lidah
Tergamak lihat airmata melimpah
Bertengkar hingga menyumpah seranah
Seakan menyesal apa yang sudah

Aku berfikir kadang termenung
Pedih luka aku tanggung
Segala susah yang aku harung
Tidak kau kenangi langsung

Kau pergi sudah berbulan
Kau diam aku tak faham
Tidak marah cuma terkilan
Harap kau sedar dan aku maafkan.

3.

Tanpa Curang 

Buka mata mentari tiba
Dipagi hari hati dah sepi
Tidak seperti sebelum ini
Celikku sebab telefon berbunyi

Kusangka kamu cinta akhirku
Bak kata orang ku cinta mati
Tak sangka cerah bertukar hujan
Cinta kita tak dapat lagi bertahan

Setia menanti sabar menunggu
Persetan kata-kata itu
Tabahkan diri tuk pertahankan lagi
Namun semuanya ditangan Illahi

Cinta dah berzaman sedih tidak keruan
Hampa kau berikan kerana kau dengar sebukan orang
Aku berani sumpah yang aku kata bukan sebarang
Kucinta kamu tanpa curang.

2.

Harus Tahu 

Kau harus tahu
Kau bayang setiap anganku
Yang meyakinkan jiwa
Diriku ada orang cinta

Kau harus tahu
Kau malam setiap siangku
Yang buat aku terbuai suka
Jalani mimpi setiap ketika

Kau harus tahu
Kau hembusan setiap nafasku
Yang menjadi segala penawar
Agar aku tidak terlihat hambar

Jelasnya memang aku pinta
Engkau tahu segalanya
Agar kau tahu engkau siapa
Dihati aku selamanya.

Sunday, May 8, 2011

1.

Ini first entry. What to say is nak intro sikit pasal myself :). I'm Nur Immalina Mohamad. Orang panggil Im, Ima or Noy. Currently UKM student :).